Apakah jenis cinta yang kamu sedang cari?

romantic card titleromantic card title

"Hanya tiga yang tinggal: iman, harapan dan kasih. Antara ketiga-tiga ini, yang paling utama ialah kasih. 1 Korintus 13:13 (AVB)"

Dalam hidup kamu, adakah seseorang yang istimewa? Seseorang yang kamu mau selalu dekat dan berkongsi kasih dengannya? Hubungan romantik adalah sesuatu yang indah - berpegangan tangan, meluangkan masa bersama, dan kamu percaya dengannya. Atau, mungkin kamu tiada dalam hubungan itu tetapi kamu mahu ada.

Tidak kisah apapun keadaan, kamu telah diciptakan untuk mencintai, dan dicintai dengan mendalam. Hati kita menginginkan hubungan dengan orang lain. Pernahkah kamu berharap agar ada seseorang dalam hidupmu tahu tentang perkara yang besar atau kecil tentang diri kamu? Mungkin seseorang yang tahu rancangan televisyen kesukaanmu atau snek yang kamu suka ketika kamu merasa sedih. Kita semua ingin mempunyai hubungan dan untuk dilihat serta dikenali, kerana itulah sebab kita diciptakan.

Pencipta Alam Semesta telah menciptakanmu dan Dia mahu hubungan yang mendalam denganmu. Ya, ini betul, walaupun kamu belum mengenal Dia! Alkitab mengatakan bahawa Tuhan adalah pengantin lelaki dan umat-Nya (kita!) adalah pengantin wanita-Nya. Jadi, sama seperti kamu meluangkan masa untuk mengenal seseorang yang membuatkan hatimu berdebar-debar, luangkanlah masa untuk mengenal Dia yang hatinya untukmu.

Kamu diciptakan untuk mengenal cinta, dan sama ada kamu punya pasangan atau seseorang yang kamu sukai, ketahuilah bahawa peluang untuk merasai peneman yang mendalam ada di hujung jarimu.

Mahukah kamu belajar lebih lagi tentang Tuhan dan kasihNya kepadamu?

Ketahui lebih lanjut tentang Tuhan dan kasih-Nya

friendship card titleromantic card title

Orang yang ramai sangat temannya boleh membinasakan dirinya,
tetapi ada sahabat yang lebih karib daripada saudara sendiri.
Amsal 18:24 (AVB)

Sahabat adalah satu dalam sejuta. Mereka adalah orang yang akan berjalan bersama di dalam hidupmu, sama ada dalam suka duka dan juga liku-liku kehidupan. Kawan yang memberi telinganya untuk mendengar, bahu untuk mu menanggis dan tangan untuk memimpin tanganmu. Tapi yang paling terbaik, kawan yang membuatmu ketawa dan meraikan bersama!

Manusia berubah dari masa ke semasa, dan kadang-kadang mereka semakin menjauh atau berselisihan faham.

Sebaliknya, ada kawan yang tetap dekat dalam hidupmu berdekad-dekad. Walaupun sesetengah persahabatan berubah secara semula jadi sepanjang kehidupan ini, setiap orang memerlukan seseorang yang boleh mereka anggap sebagai sahabat karib.

Seorang sahabat yang dianggap lebih dari saudara sendiri.

Kita semua berpeluang untuk mempunyai seorang sahabat sejati dalam hidup ini. Seorang sahabat yang sentiasa dekat, menjadi tempat kita berbicara, dan sangat mengambil berat tentang kita. Sahabat itu ialah Tuhan!

Tuhan menciptamu. Dia kenal siapa dirimu dan mengasihimu.

Tuhan mahu dekat denganmu. Kamu boleh berkawan dengan Dia.

Mahukah kamu belajar lebih lagi tentang Tuhan dan kasihNya kepadamu?

Ketahui lebih lanjut tentang Tuhan dan kasih-Nya

self love titleromantic card title

Dia memulihkan jiwaku.
Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. Mazmur 23:3 (AVB)

Kamu ada satu tubuh dan satu minda. Kamu ada meluangkan masa yang berkualiti untuk menjaga diri sendiri?

Mencintai diri sendiri lebih daripada apa yang kelihatan pada dirimu samaada kamu suka atau tidak.

Mencintai diri sendiri bererti cara kamu menjaga diri!

Ia adalah bagaimana kamu meresponi keperluan tubuhmu dan menjangkannya sebelum sesuatu terjadi.

Ia juga bagaimana kamu memperhatikan fikiran kamu apabila ia memberi isyarat untuk memperlahankan diri, berehat, atau meninggalkan tabiat buruk.

Kamu mungkin sudah melakukan semua hal ini, tapi masih risau kenapa kamu tidak berasa sebaik yang kamu tahu yang kamu mampu. Sebenarnya, penting untuk kamu fahami bahawa kamu bukan saja ada tubuh dan akal fikiran, tetapi juga ada roh!

Dari tiga perkara ini iaitu fikiran, tubuh, dan roh ialah apa yang menjadikan siapa dirimu! Tiada satu pun bahagian diciptakan secara tersilap, dan oleh itu, tidak boleh dijaga tanpa niat dan kesedaran yang jelas.

Penjagaan fikiran dan tubuh mungkin dirasakan agak mudah – bersenam, makan dengan sihat, dan mendapatkan tidur yang berkualiti. Tapi bagaimana dengan penjagaan Roh?

Sebenarnya, cara terbaik untuk menjaga rohmu ialah dengan mengenali Dia yang menciptakannya - Tuhan!

Dia menciptakanmu dengan penuh tujuan dan mencitai setiap bahagian dalam dirimu.

Kamu mahu belajar lebih lagi tentang Tuhan dan kasihNya kepadamu?

Ketahui lebih lanjut tentang Tuhan dan kasih-Nya

situationship card titleromantic card title

Kebencian menimbulkan perbalahan,
tetapi kasih menutupi segala pelanggaran. Amsal 10:12 (AVB)

Perhubungan memang sukar, terutamanya masa kini! Kamu dapat mengenal seseorang melalui telefon dengan mudah sekali berbanding di kedai runcit, dan bila akhirnya kamu berjumpa dengan seseorang yang kamu suka, apa yang patut kamu panggil hubungan itu? Label membawa maksud komitmen, jadi banyak hubungan akhirnya menjadi hubungan tanpa status yang jelas?

Tidak salah mengambil masa untuk memutuskan sama ada kamu mahu berkomitmen secara rasmi dengan seseorang atau tidak. Satu keputusan yang besar kan? Tapi kadangkala perkara ini mungkin membuatnmu menginginkan sesuatu yang lebih. Sesuatu yang kurang drama. Sesuatu lebih Stabil.

Tahukah anda bahawa cinta sejati itu wujud? Cinta yang penuh kasih, sabar, tidak cemburu, tidak sombong, dan tidak kasar? Kasih sentiasa melindungi, mempercayai, berharap, dan tabah? Ia kedengaran Hebat. Kamu mungkin bertanya dimana kamu dapat mencari cinta itu?

Cinta ini adalah Kasih Tuhan, dan penuh kesempurnaan, Dia mencintaimu dengan cara ini.

Jadi mungkin kamu sudah penat kerisauan samaada orang yang kamu peduli dan cintai akan mencintaimu dengan cara ini. Atau kamu juga sedang mencari sesuatu yang baru. Kamu berada di landasan yang betul Pandanglah kepada Tuhan. Dia adalah segala yang engkau perlu, dan tidak perlu khuatir akan kenaradaan Tuhan.

Mahukah kamu belajar lebih lagi tentang Tuhan dan kasihNya kepadamu?

Ketahui lebih lanjut tentang Tuhan dan kasih-Nya

Messenger Instagram
Jom bincang